PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
(EKSA)
- EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
- EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010.
- Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Elemen tersebut adalah seperti berikut :-
Imej Korporat
– Meningkatkan imej korporat.
– Menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap Jabatan sektor awam
Kreativiti dan Inovasi
– Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan
– Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) bagi menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.
Amalan Hijau
– Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
– Pelaksanaan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber.
– Pelaksanaan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber.
Persekitaran Kondusif
– Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan persekitaran
– Penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) kemudahan sesuai harus disediakan).
Kepelbagaian Agensi
– Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.
OBJEKTIF PELAKSANAAN EKSA
MENINGKATKAN IMEJ KORPORAT.
MENYEMARAKKAN AKTIVITI KREATIVITI DAN INOVASI.
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF.
MENINGKATKAN MOTIVASI DAN DISIPLIN.
MEMUPUK SIKAP BERTANGGUNGJAWAB.
LOGO DAN MOTO EKSA JKSM
Bulatan 4 Bulan Sabit (Hijau) :
Bermaksud 4 huruf singkatan EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor
Awam. Warna hijau pula melambangkan EKSA yang berciri go-green
dan mesra alam
Bintang (Jingga) :
Bermaksud kecemerlangan dan kualiti yang akan tercapai pasca
pelaksanaan EKSA. Warna jingga adalah warna rasmi JKSM
E.K.S.A (Biru) :
Huruf E.K.S.A. berwarna biru bermaksud EKSA menjadikan JKSM
sebuah jabatan berciri korporat dan professional. Warna biru juga
gambaran kepuasan pelanggan dan warga JKSM terhadap impak EKSA
yang berkesan.
PERSEKITARAN KONDUSIF,
PERKHIDMATAN EFEKTIF.
Persekitaran Kondusif :
EKSA membantu menghasilkan persekitaran yang mesra alam, mesra
pekerja, pemudah cara dan meningkatkan produktiviti warga JKSM
Perkhidmatan Efektif :
Pelaksanaan EKSA juga memberi impak terhadap kualiti kerja
seterusnya menjadikan Misi, Visi dan Objektif JKSM akan tercapai
dengan jayanya
No comments:
Post a Comment