KEPUTUSAN AUDIT DALAM EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) BIL 2/2022 BAGI ZON ABU UBAIDAH

27.1.23

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sesi Audit Dalam EKSA Bil. 2/2022 telah diadakan pada 7 dan 8 Disember 2022. Hasil pemeriksaan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit Dalam, Zon Abu Ubaidah telah memperolehi markah keseluruhan 93.42%.

TAHNIAH diucapkan kepada semua warga Zon Abu Ubaidah di atas pencapaian tersebut. Pihak Jawatankuasa Zon Abu Ubaidah merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan terhadap pematuhan garis panduan EKSA dan berharap pencapaian tersebut dikekalkan.

Sesi audit dalam seterusnya dijangka akan diadakan pada awal bulan Februari 2023. Warga zon diharap dapat mengekalkan dan juga menambah baik prestasi semasa bagi memastikan Zon Abu Ubaidah berada dalam keadaan baik semasa audit dalam dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment